Thursday, January 8, 2009

Redmummy.com

Baru-baru ni, ada sorang kawan menempah cupcakes untuk di bawa masa potluck redmummy.com. Terima kasih Nor.. Ini ler sahaja yang dapat di buat.. harap Nor berpuas hati..




Redmummy ni merupakan blog terhangat masa kini.. cubalah buka ye.. dan sesiapa yang berminat nak menempah cupcakes.. boleh le call /sms k. Terima kasih..
ps: sorry ye redmummy, ciplak lak gambar dari blog U sbb tak sempat amik gambo ari tu.. Love your blog, cara bercerita yang sempoi dan ada-ada jer cerita baru..
-sarinah-

Wednesday, October 8, 2008

RAYA MOOD


Still in a raya mood.. welcome back friends.. jemputlah datang berhari raya di rumah ye! Tahun ni mungkin tak buat open house.. but I open my door to all my dear friends.. datang ye.. jangan tak datang..


Wednesday, September 24, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum wbt.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Wal Fa Izin
Maaf Zahir Batin

Semoga raya kita kali ini mendapat rahmat dan di berkati Allah SWT. Dan semoga kita dapat bertemu lagi di hari raya yang akan datang.. amin..
Ikhlas dari,
Sarinah dan Zul Azri
Fikri, Fahmi, Sofea,
Firman & Faiz

Sunday, August 31, 2008

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum wbt.

Kedatangan bulan Ramadhan kali ini, lebih bermakna bagi kami sekeluarga. Ini merupakan Ramadhan pertama setelah bergelar 'usahawan' kecil2an. Tentu banyak cabaran yang terpaksa kami hadapi... Bulan ini yang datangnya hanya setahun sekali, patut di rebut dan tidak di persia-siakan. Semoga Allah memberkati kami sekeluarga dan umat Islam di mana-mana sahaja dan semoga segala Ibadah kita di terima Allah... Amin... Maaf Zahir Batin jika ada salah silap ye...

MALAYSIA : Selamat Hari Kemerdekaan ke 51!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tepat Jam 12 tengah malam ini, melangkah kita ke tarikh 31hb August 2008. Selamat Hari Merdeka Malaysia! Dah 51 tahun dah.. kalau manusia.. dah pun beranak cucu! Saya berbangga menjadi anak Malaysia.. tinggal di bumi kita yang aman damai.. pembangunan yang membanggakan.. dan rakyatnya yang saling menghormati antara satu sama lain.. Kalau nak bagi free saya tinggal di tempat lain pun, memang saya tak nak! Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung.. patah tak tumbuh, hilang tak berganti! Semoga Allah memberi RahmatNya di bumi ku ini.. Amin..
"Tanggal 31, bulan lapan 57
Hari yang mulia hari bahagia, ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31, bulan lapan 57, hari yang mulia hari bahagia..
Sambut dengan jiwa yang Merdeka"

Friday, August 22, 2008

Launching of new Fund from Public Mutual

Dear Friends,

Public Mutual is launching a new fund to capture the long-term growth potential of the 50 largest Shariah compliant companies listed on Bursa Securities, and ride on the strength and stability of their established performance.

* Largest in terms of market capitalisation.
* Well-diversified portfolio with reputable track records.
* Resilient growth prospects due to company size and entrenched market share.
* Strong financial resources to withstand challenging economic condition.
* Complies with Shariah requirements for peace of mind.
* Special promotional service charge* for cash investment during offer period from 14 August - 3 September 2008.

Invest now! Call / SMS me..

Thursday, July 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Dear Friends,

Bulan Ramadhan dah hampir tiba... saya dan suami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan membuat persiapan untuk raye.. (tak lama, sebulan lagi tu..).

Kepada sesiapa yang pernah merasa 'kick' biskut raya saya, boleh le start mengorder dari sekarang. Gambar-bambar boleh di lihat di bahagian 'MY CAKES' : http://cutiechocolatecake.blogspot.com