Sunday, June 21, 2009

Selamat hari bapa


SELAMAT HARI BAPA

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa teristimewa untuk bapaku Mohd.Shariff bin Che Lin. Dalam usiaku yang telah menjangkau usia terlebih matang ini, aku masih lagi mengharapkan perlindungan dan kasih-sayang dari seorang bapa.. Masih aku ingat lagi semasa kecil dahulu, di belakang bapa lah aku akan berlindung jika ibu ingin memukulku jika aku nakal.. Abah akan pura2 menyelamatkan aku jika aku sedang berlari dari rotan emak!! Hmm.. terasa selamat betullah jika abah ada di situ.. Abahlah yang bersusah payah mengisi borang untuk aku melanjutkan pelajaran ke IPTA, sedangkan waktu itu aku belajar di tingkatan enam, sedar2 aje.. "permohonan anda telah di terima..". TERIMA KASIH ABAH.. Kerana abahlah yang telah mencorakkan masa depanku.. sehingga aku menjadi seperti hari ini..



Cheese Cake Selamat Hari Bapa tempahan dari Dini.. Thanks Dini sebab tak jemu2 makan cheese cake ni..

Tempahan Kek dari kawan Sofea dengan request utk tulis nama bapanya..

Moist Chocolate Cake : Kek bertunang utk hantaran kepihak lelaki...



Terima kasih Jehan sbb order kek dari akak..

Lagi kek bertunang dari Teacher Yati untuk saudaranya.. Thanks ye..



Tuesday, April 21, 2009

Hari Sukan SK (2) Gombak, Ahad 19 April 2009

Tahun ini merupakan hari sukan yang pertama aku tak dapat menghadirkan diri.. setiap tahun, bermula dari Fikri di tahun 1, pasti aku dapat melapangkan diri hadir.. sehinggalah sekarang dia dah di tingkatan 1. Sehinggakan ke Fahmi dan Sofea... Sorry Firman.. sukan tahun 1 dia dan tak dapat aku menghadirkan diri..


Walaupun aku tak ada, Firman dapat juga menang pingat untuk acara campuran, sukaneka.

Sofea pun menang juga.. Fahmi yang kat belakang tu, tak dapat masuk acara apa2 pun tahun ni, maklum lah dah di tahun 5, tak de acara sukaneka lagi.. Nak lumba lari / lompat tinggi, tak fit kot.. tak pe Ami, tahun depan, try your best k. Mama dulu masa sekolah rendah, siap wakil sekolah lagi untuk acara lumba lari.. hehe.. (teringat dolu2..).



Cupcakes yang sempat aku buat untuk hujung minggu itu, order dari iera, rakan dari web untuk majlis tunang.. hope you satisfied.

Sunday, April 12, 2009

LAST MINUTE ORDER




Last Friday,

Got a last minute order from Diana (friend of Redmummy), She ordered on Thursday and wanted the cupcakes ready by Friday.. Hmm.. nasib baik tak banyak order ari tu, so boleh le buatkan untuk cik Diana kita.. She wanted the 'naughty' theme.. so, here it is..
Anyway, thanks for ordering..
Banyak cerita2 menarik anda boleh dapati dari blog REDMUMMY, happy surfing.. http://www.redmummy.com/

Thursday, April 9, 2009

Public Select Alpha - 30 Fund

Dear friends,

This is the perfect time for you to invest! Do not hesitate to call me if you have anything to ask.. Happy Investing..



High quality stocks at low prices its the perfect combination. And you can zoom in on 30 of them through the Public Select Alpha-30 Fund, and look forward to potentially good capital growth over the medium to long term.

*Aims to achieve capital growth by investing in up to a maximum of 30 stocks primarily listed on Bursa Securities.

*To achieve increased diversification, the fund may invest in selected foreign markets such as Singapore, Taiwan, South Korea, Japan, Australia, New Zealand, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Philippines and other markets.

*Equity exposure: generally range from 75% to 95% of its net asset value (NAV).
Initial Issue Price is RM0.25 per unit during offer period (7 27 April 2009).

*Suitable for investors with aggressive risk-reward temperament.

Thursday, January 8, 2009

Redmummy.com

Baru-baru ni, ada sorang kawan menempah cupcakes untuk di bawa masa potluck redmummy.com. Terima kasih Nor.. Ini ler sahaja yang dapat di buat.. harap Nor berpuas hati..




Redmummy ni merupakan blog terhangat masa kini.. cubalah buka ye.. dan sesiapa yang berminat nak menempah cupcakes.. boleh le call /sms k. Terima kasih..
ps: sorry ye redmummy, ciplak lak gambar dari blog U sbb tak sempat amik gambo ari tu.. Love your blog, cara bercerita yang sempoi dan ada-ada jer cerita baru..
-sarinah-

Wednesday, October 8, 2008

RAYA MOOD


Still in a raya mood.. welcome back friends.. jemputlah datang berhari raya di rumah ye! Tahun ni mungkin tak buat open house.. but I open my door to all my dear friends.. datang ye.. jangan tak datang..


Wednesday, September 24, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum wbt.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Wal Fa Izin
Maaf Zahir Batin

Semoga raya kita kali ini mendapat rahmat dan di berkati Allah SWT. Dan semoga kita dapat bertemu lagi di hari raya yang akan datang.. amin..
Ikhlas dari,
Sarinah dan Zul Azri
Fikri, Fahmi, Sofea,
Firman & Faiz