Sunday, June 21, 2009

Selamat hari bapa


SELAMAT HARI BAPA

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa teristimewa untuk bapaku Mohd.Shariff bin Che Lin. Dalam usiaku yang telah menjangkau usia terlebih matang ini, aku masih lagi mengharapkan perlindungan dan kasih-sayang dari seorang bapa.. Masih aku ingat lagi semasa kecil dahulu, di belakang bapa lah aku akan berlindung jika ibu ingin memukulku jika aku nakal.. Abah akan pura2 menyelamatkan aku jika aku sedang berlari dari rotan emak!! Hmm.. terasa selamat betullah jika abah ada di situ.. Abahlah yang bersusah payah mengisi borang untuk aku melanjutkan pelajaran ke IPTA, sedangkan waktu itu aku belajar di tingkatan enam, sedar2 aje.. "permohonan anda telah di terima..". TERIMA KASIH ABAH.. Kerana abahlah yang telah mencorakkan masa depanku.. sehingga aku menjadi seperti hari ini..



Cheese Cake Selamat Hari Bapa tempahan dari Dini.. Thanks Dini sebab tak jemu2 makan cheese cake ni..

Tempahan Kek dari kawan Sofea dengan request utk tulis nama bapanya..

Moist Chocolate Cake : Kek bertunang utk hantaran kepihak lelaki...



Terima kasih Jehan sbb order kek dari akak..

Lagi kek bertunang dari Teacher Yati untuk saudaranya.. Thanks ye..