Wednesday, August 26, 2009

Kelahiran Soraya di bulan Ramadhan..



Tahun ini, sambutan bulan Ramadan agak berlainan.. kami menerima pertambahan ahli keluarga baru, anak kami yang ke enam pada 24 hb Ogos 2009, hari berpuasa yang ke 3 pada tahun ini.. Walaupun telah berulangkali aku menjalani proses kelahiran anak2 ku, setiap satunya mempunyai cara yang tersendiri.. unik dan membahagiakan apabila semuanya berjalan lancar.. Semuanya dari doa restu sahabat handai dan ahli keluarga yang sentiasa berdoa untuk kami.. Gambar2 ini diambil sebalik sahaja proses kelahiran selesai dan baby di mandikan sebelum diserahkan kepada kami untuk di azankan..


Soraya Syahmi.. Kahadiranmu memang di tunggu2.. lebih2 lagi oleh kakak Sofea.. Dikesempatan ini juga.. kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan bulan yang penuh kemuliaan.. Penuhilah hari2 anda dengan amal dan banyak2 melakukan ibadah di bulan yang mulia ini.. semoga Allah menerima segala perbuatan baik yang kita lakukan itu..

Dibulan puasa ini, kami masih menjalankan aktiviti seperti tahun2 lalu, iaitu menjual kuih raye.. Dan kami juga ada membuka gerai di bazar Ramadhan berdekatan dengan pasaraya Ong Tai Kim, Gombak..